21 Cara Buat Duit Dengan Cepat Dan Senang Yang Ramai Tidak Tahu!

Anda nak tahu cara buat duit RM200 sehari dengan senang? Pada waktu-waktu ekonomi meleset ini pasti ramai yang nak cuba nak buat duit untuk menambahkan pendapatan sampingan. Mungkin anda nak buat duit tepi buat beli barang dapur atau bayar bil bulanan. Anda jangan risau kerana saya akan tunjukkan 21 cara buat duit dengan cepat dan senang yang ramai orang tidak tahu.

Nota: Anda ada idea buat duit? Sila isikan idea-idea cara mudah buat duit diruang komen. Cara yang terbaik bakal menerima hadiah-hadiah menarik.

  1. Buat Duit Cepat Dengan Blog. Kini ramai yang buat duit secara part time dengan blog. Blog adalah platform percuma seperti wordpress atau blogger dimana anda boleh menulis cerita, berita, video atau apa sahaja yang anda fikirkan menarik untuk tatapan pelayar internet. Sahabat saya Masrule buat duit RM65,000 dengan teknik blog simple, manakala Norazlina pula menjana lebih RM25,000 dengan teknik copypaste dari rumah sahaja. Kelebihan buat duit dengan blog ini ialah anda boleh menjana pendapatan dengan pelbagai cara. Samada anda menjual produk sendiri atau produk orang lain, anda juga boleh menjana pendapatan pasif dengan iklan-iklan adsense.

2. Buat Duit Dengan Arbitrage. Anda beli murah dan jual mahal. Ramai yang menggunakan teknik ini di ebay. Anda melihat pada barang-barang yang menjadi hits dan fikirkan samada anda boleh menjualnya dengan sedikit keuntungan atau berlipat kali ganda. Buat duit dengan arbitrage ini mampu menjana keuntungan lumayan jika anda mampu menjual dengan margin keuntungan yang besar. Contohnya, tahukah anda jajan super ring yang berharga RM1.60 dijual sehingga RM50 di ebay untuk pelanggan-pelanggan di Amerika dan Korea. Peniaga ebay tersebut Rabiatul Adilah Ibrahim menjana puluhan ribuan ringgit sebulan di ebay!

3. Broker renew insuran & road-tax – Tahukah anda kerana kesibukan kerja ramai yang terlupa untuk memperbaharui cukai jalan atau road-tax kenderaan mereka. Jadi disinilah khidmat penting anda diperlukan. Sebagai broker, anda mengiklankan perkhidmatan memperbaharui cukai jalan dan menghantarkan dokumen tersebut ke depan pintu rumah mereka.

Selepas mendapat tempahan, apa perlu anda buat? Mudah sahaja, anda pergi ke kaunter-kaunter insuran kenderaan dan minta 2 atau 3 sebut harga dan berikan kepada pelanggan anda. Disini anda perlu tambahan upah anda mengikut sebut harga, biasanya RM30-RM100. Apabila mereka setuju dan masukan duit anda buat bayaran di kedai insuran dan hantarkan road tax yang baru ke rumah mereka.

4. Buat duit dengan mudah.my – Tahukah anda laman web mudah.my mendapat puluhan ribu pelawat sehari. Inilah peluang anda untuk buat duit cepat dengan menjual produk yang anda tidak perlukan lagi dirumah contohnya pakaian, aksesori kereta, peralatan masakan dan perhiasan atau apa sahaja yang anda fikirkan boleh djual. Kalau anda hendak buat duit dengan mudah.my ini pastikan anda menjual barang-barang yang masih elok supaya tidak mendapat komplen daripada pelanggan anda. Untuk untung lebih, anda jual pelbagai barang yang laris disini. Keuntungan anda pasti berlipat kali ganda.

5.Jadi pemandu atau penghantar makanan – Jika anda mempunyai kereta atau motor kenapa malas nak buat duit cepat. Anda boleh jadi pemandu grab pada waktu selepas kerja atau menghantar makanan dengan grabfood atau food panda. Ramai yang menjana pendapatan tambahan RM1000 – RM3000 sebulan dengan teknik ini.

6. Pembeli Barang Dapur Upahan – Ramai surirumah yang malas nak keluar rumah untuk membeli barangan keperluan rumah. Disinilah khidmat anda diperlukan. Anda boleh dibayar mengikut jam contohnya RM20 – 30 sejam. Selepas membeli barang yang diperlukan anda perlu menghantar ke rumah pelanggan secepatnya. Untuk mendapatkan pelanggan anda boleh iklankan di media-media sosial.

7. Buat Duit Sebagai Broker Tutor Di Rumah – Kerana kesibukan ibubapa dengan tugas masing-masing, khidmat seorang tutor atau guru tuisyen diperlukan dengan terdesaknya sekarang ini. Jadi apa yang anda perlu buat ialah senang sahaja, anda bertindak sebagai broker yang mencari guru-guru untuk bekerja sebagai guru tuisyen part time dari rumah ke rumah. Anda mengambil 10-20 peratus sebagai yuran broker. Senangkan!

8. Buat Duit USD. Ramai rakyat Malaysia yang dalam diam-diam menjana duit dalam US dollar melalui web Fiverr. Melalui Fiverr, anda boleh memberikan pelbagai servis atau hobi antaranya menari, melukis, membuat video, bercakap atau apa sahaja yang pelik-pelik seperti melukis didahi atau memanjat pokok sambil menjerit. Ya ia memang nampak pelik tapi servis inilah yang mampu memberikan pulangan lumayan dari $5 usd sehingga ribuan usd! Lagi kreatif lagi banyak duit yang anda dapat.

9. Buat Duit Dengan Video. Video kini menjadi kegilaan ramai. Pelayar internet kini menghabiskan berjam-jam lamanya dengan menonton video. Tahukah anda boleh menjana pendapatan sampingan dengan memuat naik video-video di youtube. Pada mulanya anda cari sesuatu yang sedang trending contohnya coronavirus, dari situ anda membuat video tentangnya. Apabila ianya menjadi viral anda boleh menjana duit dengan iklan adsense. Ianya mungkin mengambil masa tetapi video akan bakal ditonton boleh jutaan manusia dan anda dapat menjana 5 angka sebulan!

10. Buat duit dengan survey. Jika anda ada banyak masa terluang, anda patut buat survey. Anda boleh menjana antara RM10 hingga RM30 untuk setiap kaji selidik yang anda lakukan. Caranya ialah anda hanya perlu menjawab soalan-soalan yang diberikan, lagi banyak survey yang anda lakukan lebih banyak duit yang anda dapat. Kelemahan teknik ini ialah anda pasti cepat bosan apabila perlu menjawab soalan-soalan yang diberikan. Antara web survey yang popular ialah ySense dan TimeBucks.

11. Buat duit dengan youtube. Cara termudah untuk buat duit dengan youtube ialah anda membuat channel youtube anda sendiri. Dari sini anda boleh upload video-video yang menarik untuk tontonan ramai. Contohnya, jika anda mempunyai kebolehan tentang memasak, buat video cara-cara memasak yang cepat dan senang dari rumah. Dengan resepi yang terkini dan enak, video anda pasti mendapat sambutan ramai. Jika anda pandai melukis, upload video-video tentang bakat anda melukis yang orang nak tahu.

Mengikut kajian yang dijalankan, youtube telah berjaya melahirkan ramai jutawan senyap . Antaranya, kanak-kanak Ryan Toyreviews yang menjana $11,000,000 pada 2018 dan Daniel Middleton yang membuat $16.5 Juta dengan video game. Kini sesiapa sahaja boleh buat duit dengan youtube melalui aplikasi handphone mereka.

12. Buat duit dengan ebuku. Ramai yang tidak tahu bahawa sesiapa sahaja buat duit dengan ebuku. Dengan kos yang murah dan pulangan yang lumayan, kini ramai yang mencuba untuk menjana pendapatan tambahan dengan ebuku.

Untuk memastikan ebuku anda mendapat perhatian, anda mestilah memilih topik -topik yang panas dan boleh dijual. Antaranya ialah 10 Cara Buat Duit Dari Rumah, 7 Tabiat Pembuka Pintu Rezeki, Cara Pasti Anak Skor A+, 100 Petua Jadi Sihat dan sebagainya.

Cuba bayangkan jika sehari anda mendapat hanya 1 jualan sehari untuk ebuku yang berharga RM40, dalam sebulan sahaja anda sudah boleh menjana RM1200! Ini lah pendapatan pasif atau anda sudah buat duit sambil tidur.

13. Buat duit sebagai affiliates. Buat duit sebagai affiliates ialah anda menjadi seorang pengedar kepada produk yang dihasilkan oleh orang lain. Dengan cara ini anda tidak perlu pening kepala untuk memikirkan tentang penghasilan produk tersebut sebaliknya anda fokuskan untuk membuat jualan.

Biasanya affiliate akan diberikan peratus keuntungan yang tinggi, biasanya 50% sehingga 100%! Di barat, antara platform yang terkenal untuk menjadi affiliate ialah Clickbank, JVzoo dan sebagainya. Ramai yang telah bergelar jutawan dengan hanya mempromosikan produk orang lain.

Di Malaysia, anda boleh membuat kajiselidik produk-produk yang laris dipasaran untuk anda menjadi affiliate. Bukan sahaja produk digital, produk fizikal juga kini semakin mendapat sambutan. Yang penting kita perlu tahu produk-produk yang didapati dengan mudah dan harga yang berpatutan.

Nota: Anda ada idea buat duit? Sila isikan idea-idea cara mudah buat duit diruang komen. Cara yang terbaik bakal menerima hadiah-hadiah menarik.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *